Dasar Privasi
Notis Data & Maklumat Peribadi

1.PENGUMPULAN DATA PERIBADI

Notis Data dan Maklumat Peribadi ini dikeluarkan kepada semua pelanggan/bakal pelanggan kami yang dihargai selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

Kami mengambil berat dan memandang serius data peribadi anda. Sewaktu anda berurusan dengan Sarawak Information System Sendirian Berhad, termasuk dengan anak-anak syarikat kami seperti yang didefinisikan di dalam Seksyen 6 Akta Syarikat 1965 (selepas ini semuanya dikenali sebagai “kami” ataupun “SAINS”), kami akan meminta anda memberikan data dan maklumat berkenaan diri anda (“Data Peribadi”) untuk membolehkan kami berurusniaga dengan anda atau menyampaikan notis, perkhidmatan dan/atau produk berhubung dengan perniagaan kami. Hal ini adalah relevan bagi proses perniagaan kami, pelaksanaannya, termasuk penyampaian notis, perkhidmatan dan/atau produk, pengurusan perhubungan pelanggan, tujuan perancangan berkenaan dengan produk akan datang, pelancaran produk baru dan acara-acara termasuk acara promosi dengan syarikat sekutu kami dan rakan kongsi perniagaan kami untuk produk – produk kami yang ditawarkan.

2.SIFAT DATA PERIBADI

Data Peribadi tersebut mungkin tertakluk kepada undang-undang perlindungan data, privasi dan undang – undang serupa lain yang terpakai dan mungkin merangkumi maklumat tentang nama, usia, nombor kad pengenalan, nombor passport, alamat, jantina, tarikh lahir, status perkahwinan, pekerjaan, maklumat pendapatan, maklumat perhubungan, alamat e-mel, majikan, bangsa, asal-usul etnik, dan kewarganegaraan.

3.KEWAJIPAN ATAU SECARA SUKARELA UNTUK MEMBEKALKAN DATA PERIBADI

Data Peribadi boleh diberi secara sukarela oleh anda tetapi bagi memenuhi syarat-syarat tertentu untuk memasuki sesuatu perjanjian, maklumat Data Peribadi adalah wajip diberikan sebelum perkhidmatan ataupun urusniaga dapat disempurnakan.

4. KESAN KEGAGALAN UNTUK MEMBERIKAN DATA PERIBADI

Kegagalan untuk membekalkan Data Peribadi akan:-

(a) Menyebabkan kami tidak dapat memproses permohanan anda untuk perkhidmatan dan/atau produk yang diminta;
(b) Menyebabkan kami tidak dapat menyampaikan notis kepada anda, perkhidmatan ataupun produk yang diminta;
(c) Menjejaskan keupayaan pihak-pihak untuk memasuki sebarang perjanjian yang perlu berhubung dengan pembelian produk kami dan/atau penggunaan perkhidmatan kami; dan
(d) Mengakibatkan kami tidak dapat mengemaskinikan anda mengenai produk, perkhidmatan, promosi dan/atau pelancaran terkini kami.

5.TUJUAN PENGUMPULAN DATA PERIBADI

Data peribadi yang diberikan oleh anda akan dikumpul, digunakan dan sebaliknya diproses oleh kami antara lainnya bagi tujuan berikut:

(a)Menyampaikan notis, perkhidmatan atau produk dan pemasaran perkhidmatan atau produk kami tersebut sama ada pada masa kini atau di masa hadapan, kepada anda;
(b)Membolehkan anda menggunakan perkhidmatan dan/atau membeli produk dari kami;
(c)Memudahkan pengurusan perhubungan pelanggan;
(d)Bagi tujuan yang diperuntukan khusus dalam sebarang perkhidmatan atau produk yang ditawarkan oleh kami;
(e)Menjalankan aktiviti pemasaran dan pemprofilan pengguna berhubung dengan perkhidmatan dan produk kami yang berkaitan;
(f)Penilaian kredit dan semakan latar belakang terhadap pengguna sepertimana kami anggap perlu atau sesuai;
(g)Mengemaskini rekod dalaman kami;
(h)Kutipan pembayaran yang belum dijelaskan;
(i)Perkhidmatan selepas penjualan;
(j)Memenuhi sebarang keperluan undang-undang atau kawal selia berkaitan dengan penyediaan perkhidmatan – perkhidmatan dan produk – produk oleh kami dan untuk membuat pendedahan di bawah keperluan sebarang undang-undang yang terpakai, peraturan, arahan, perintah mahkamah, undang-undang kecil, garis panduan, pekeliling kod yang terpakai kepada kami atau mana – mana syarikat ahli kumpulan kami;
(k)Bagi memenuhi tujuan berkaitan dengan mana-mana satu daripada perkara di atas (termasuk tetapi tidak terhad kepada penyelidikan, penanda aras, analisis statistik dan tinjauan kepuasan pelanggan); dan
(l)Membolehkan kami menghantar maklumat kepada anda melalui e-mel kaedah telekomunikasi (panggilan telefon atau pesanan teks) atau media sosial tentang produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak ketiga tertentu yang kami anggap mungkin menarik minat anda, tetapi semasa berbuat demikian, kami akan terus mengawal Data Peribadi anda dan kami tidak akan mendedahkan Data Peribadi anda kepada pihak ketiga tanpa kebenaran anda.

6.PENDEDAHAN

Data Peribadi yang diberikan kepada kami secara amnya akan dirahsiakan, tetapi dengan ini, anda membenarkan dan memberi kuasa kepada kami untuk memberikan atau mendedahkan Data Peribadi anda kepada kategori pihak berikut:

(a)Mana-mana orang kepada mana kami terpaksa atau dikehendaki berbuat demikian di bawah undang-undang atau sebagai balasan kepada agensi kompeten atau kerajaan;
(b)Mana-mana syarikat berkaitan dan anak syarikat, termasuk yang ditubuhkan di masa hadapan;
(c)Rakan kongsi perniagaan yang menyediakan perkhidmatan atau produk berkait hubung dengan perniagaan kami;
(d)Agensi-agensi kerajaan, pihak berkuasa berkanun dan pengawal selia industry;
(e)Juruaudit, perunding, peguam dan penasihat kewangan;
(f)Sub-kontraktor kami atau penyelia perkhidmatan atau produk pihak ketiga, sebagaimana kami anggap perlu atau sesuai.

7.PELINDUNGAN

Kami akan menyimpan dan memproses data anda dalam cara yang selamat. Kami akan berusaha sedaya upaya,di mana praktik, untuk melaksanakan pelindungan dan prosedur pentadbiran dan keselamatan yang sesuai selaras dengan undang-undang dan peraturan yang terpakai untuk menghalang pemprosesan Data Peribadi anda dalam cara yang tidak dibenarkan atau tidak sah dan kehilangan atau kemusnahan atau kerosakan pada Data Peribadi anda dalam cara yang tidak disengajakan.

8.PEMINDAHAN & PERKONGSIAN DATA PERIBADI

Sekiranya kami menganggapnya perlu atau sesuai bagi tujuan penyimpanan atau memprosesan data atau untuk menyediakan sebarang perkhidmatan atau produk bagi pihak kami kepada anda, kami boleh memindahkan Data Peribadi anda kepada ahli lain dalam syarikat-syarikat Kumpulan kami atau penyedia perkhidmatan atau produk pihak ketiga di dalam atau di luar negara di mana kami ditubuhkan, dalam keadaan kerahsiaan dan tahap perlindungan keselamatan yang serupa.

9.PENYIMPANAN DATA PERIBADI

Data peribadi yang diberikan oleh anda hanya akan disimpan oleh kami selama ianya diperlukan bagi tujuan yang telah dinyatakan sebelumnya dan akan dimusnahkan melainkan penyimpanan lanjut adalah diperlukan bagi tujuan memenuhi kehendak perundangan, perakaunan dan juga bagi tujuan memelihara kepentingan SAINS.

10.PAUTAN KE LAMAN YANG LAIN

Laman sesawang kami mungkin memuatkan pautan ke laman sesawang pihak lain. Sebagai contoh, dengan menekan pautan iklan, anda akan meninggalkan laman sesawang kami. Kami tidak mempunyai apa-apa kawalan ke atas Data Peribadi ataupun apa-apa maklumat yang anda berikan kepada mana-mana entiti lain setelah anda meninggalkan laman sesawang kami.

11.HAK AKSES DAN PEMBETULAN ANDA

Anda boleh memohon akses kepada Data Peribadi ataupun melakukan pembetulan Data Peribadi anda jika ianya tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau tidak dikemaskinikan. Sebarang permohonan berkenaan dengan Data Peribadi anda boleh kemukakan kepada Seksyen Hal Ehwal Korporat kami di +(60) 82 – 426733 ext 269 atau pun melalui e-mel sainspdp@sains.com.my

Sekiranya anda tidak bersetuju dengan penggunaan Data Peribadi anda oleh kami untuk tujuan lain selain daripada tujuan maklumat anda diberikan kepada kami, anda bolehlah memaklumkan kepada kami secara bertulis ke alamat yang dinyatakan seperti dibawah:-

Ketua Seksyen Hal Ehwal Korporat,
Sarawak Information Systems Sendirian Berhad,
Level 3, Wisma Bapa Malaysia,
Petra Jaya, 93502 Kuching,
Sarawak, Malaysia

Tel: + (60)82 - 426733
Fax: + (60)82 - 423533

 

Kami akan mengambil segala usaha yang munusabah untuk memenuhi permintaan anda. Sekiranya kami tidak menerima notis bertulis daripada anda dalam tempoh tiga puluh hari (30) selepas tarikh penghantaran notis, kami akan menganggap anda bersetuju dengan pengunaan Data Peribadi anda selaras dengan notis ini. Walaubagaimanapun, anda boleh menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa.

12. PERUBAHAN NOTIS

Kami boleh mengubah Notis Data Peribadi dan Maklumat Peribadi dari masa ke semasa. Sila semak Notis Data Perbadi dan Maklumat Peribadi ini, dari masa ke semasa untuk versi terkini yang berkuatkuasa dan digunapakai oleh semua laman sesawang kami.

Tarikh Notis Berkuatkuasa: 1hb Disember 2014




Back to top